Boleh guna kenderaan, pemandu kerajaan untuk kawalan keselamatan - SPR


Ahli Kabinet boleh menggunakan kenderaan dan pemandu kerajaan dalam kempen politik jika fungsinya untuk kawalan keselamatan mereka.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Harun berkata pihakya tidak menghalang mereka untuk menggunakan kemudahan tersebut bagi menjaga keselamatan diri.
Loading...

“Berkenaan dengan kereta dan pemandu rasmi, seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia tertakluk kepada syarat penggunaan aset yang ditetapkan,” katanya kepada Malay Mail.

“Jika penggunaannya untuk kegunaan peribadi, maka ia boleh digunakan. Jika aset termasuk dalam kawalan keselamatan, maka ia juga boleh digunakan”.

Semalam, ahli parlimen PKR mencadangkan pemimpin parti berjawatan kerajaan dibenar untuk menggunakan kenderaan rasmi dan pengawal untuk kempen politik.

Nik Nazmi Nik Ahmad, wakil rakyat Setiawangsa, meminta SPR memberi kelonggaran kerana perkara itu “menjadi keperluan” apabila wujud “risiko” keselamatan. - Malay Mail
Boleh guna kenderaan, pemandu kerajaan untuk kawalan keselamatan - SPR Boleh guna kenderaan, pemandu kerajaan untuk kawalan keselamatan - SPR Reviewed by Me on 18:46 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.