PH akan sentiasa memelihara kepentingan orang
Melayu, di samping melindungi kepentingan kaum lain selaras dengan peruntukan
dalam Perlembagaan negara.
Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,
prinsip itu telah disepakati mereka, yang berikrar bahawa apa yang termaktub
dalam Perlembagaan perlu dilindungi dan dipelihara, lapor Sinar Harian hari ini.
Loading...
“PH sudah bersepakat, apabila pakatan ini ditubuhkan, kita
berpegang pada prinsip untuk mendukung apa yang ada dalam Perlembagaan.
“Kita juga tidak ada kompromi dalam soal berkaitan hak
istimewa orang Melayu kerana perkara ini sudah termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan sejak zaman-berzaman” katanya ketika berucap pada Ceramah
Kelompok Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Rinching Hilir di Semenyih di
sini, malam tadi
Katanya lagi, selaras dengan prinsip itu PH akan menjadi
perisai untuk memelihara Perlembagaan negara.
“Apabila PH mengambil alih kerajaan daripada BN, komitmen
kita sepenuhnya, bermakna selagi ada matahari dan bulan, Perlembagaan tidak
akan dipinda, serta kedudukan istimewa orang Melayu dan hak bangsa lain akan
kekal untuk selama-lamanya,” katanya.
Turut hadir dalam ceramah berkenaan, Naib Presiden PH, Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali; Ketua Penerangan Bersatu, Dr Mohd Radzi Jidin dan calon
PH bagi PRK DUN Semenyih, Muhammad Aiman Zainali.
Justeru beliau menangkis dakwaan pembangkang kononnya PH
kini dikuasai DAP dan tidak membela orang Melayu.
Muhyiddin: Selagi ada matahari dan bulan, Perlembagaan tidak akan dipinda
Reviewed by Faceless
on
21:21
Rating:
No comments: