Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang
menyiasat penderma tetap dan kroni Pas berhubung dakwaan parti itu menerima dara
RM90 juta daripada UMNO.
The Malaysia Insight memetik sumber SPRM melaporkan,
siasatan itu diperluaskan selepas tiada bukti sahih berlaku transaksi langsung
antara dua parti itu atau antara ahli-ahlinya.
Loading...
Kata sumber,
siasatan itu mencakupi transaksi perbankan persendirian penyumbang tetap dana
politik Pas dalam tempoh berkenaan.
“Ada kemungkinan dana itu disalurkan melalui akaun peribadi
pihak berkepentingan kepada Pas. Itu yang menjadi fokus siasatan sekarang.
“Apa pun biar kami siasat dahulu bagi mengetahui kebenaran
di sebalik penyaluran dana itu,” kata sumber itu seperti dilapor The Malaysian
Insight.
Portal itu juga mendakwa beberapa ahli perniagaan serta
orang kenamaan yang sering menderma kepada parti Islam itu kini dalam pemantauan
dan siasatan SPRM.
SPRM sebelum ini dilaporkan tidak tidak menemui sebarang
dana berkaitan 1MDB disalurkan ke akaun rasmi Pas.
Sejak siasatan itu dilakukan bermula 6 Februari, beberapa
pemimpin Pas dirakamkan percakapan antaranya Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik
Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.
Suruhanjaya itu juga mengambil keterangan peguam Ambiga
Sreenevasan, yang dinamakan sebagai sumber kepada artikel berkenaan perkara itu
yang disiarkan laman Sarawak Report pada April 2016.
SPRM melakukan siasatan selepas Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menarik balik tuntutan sama terhadap Editor
Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Tindakan itu diambil selepas Abdul Hadi memutuskan untuk
menyelesaikan kes saman tersebut di luar mahkamah, dalam kes yang difailkan di
London.
Pada 21 April 2017, Abdul Hadi memafailkan saman fitnah
terhadap Clare di Mahkamah Tinggi London berhubung laporan berita Sarawak
Report yang dimuatnaik pada 6 Ogos 2016.
Dalam laporan tersebut, Presiden Pas itu didakwa menerima
dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti bagi menyokong BN dan UMNO. - Sinar Harian
Dana RM90 juta: SPRM siasat penderma tetap dan kroni Pas
Reviewed by Faceless
on
23:31
Rating:
No comments: