Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat sejauh mana PAS akan
menyokongnya jika undi tidak percaya benar-benar diusulkan di Parlimen seperti
yang diura-ura.
"Saya tunggulah kalau ada undi tidak percaya, hendak
tengok PAS sokong atau tidak," kata perdana menteri selepas kunjungan
rasmi ke Kementerian Pertahanan, lapor Malay Mail.
Loading...
Isnin lalu, setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan
mendakwa sokongan partinya kepada Mahathir hanya melibatkan usul undi tidak
percaya yang diura-ura sejak tahun lalu.
Manakala pada Ahad, naib presiden PAS Idris Ahmad pula
menyatakan semua wakil rakyat PAS akan menyokong Dr Mahathir jika perkara
tersebut berlaku.
Isu berbangkit semula selepas Dr Mahathir mendakwa
pertemuannya dengan PAS minggu lepas antaranya membincangkan isu parti itu
tidak mahu menyokong calon Umno di Semenyih.
Namun PAS pula mendakwa ia tidak mengambil sikap demikian
tetapi hanya menyokong kepemimpinan Dr Mahathir selama satu penggal, termasuk
menyokongnya di Parlimen
Dr M: Undi tidak percaya di Parlimen, PAS sokong saya atau tidak?
Reviewed by Faceless
on
22:55
Rating:
No comments: