Kerajaan akan membuat satu pengumuman penting berkaitan
kutipan tol lebuh raya dalam masa terdekat, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Loading...
“Kita baru berbincang dalam Kabinet...mungkin dalam sehari
dua ini akan ada kenyataan berkaitan tol yang akan diumumkan menteri
berkaitan,” katanya dalam ceramah umum sempena Pilihan Raya Kecil Dewan
Undangan Negeri Semenyih di Batu 26 Beranang malam tadi.
Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri, bagaimanapun tidak
memperincikan mengenai perkara tersebut.
Beliau berkata demikian ketika menyentuh mengenai manifesto
Pakatan Harapan, yang mana parti itu berjanji akan mengkaji semula perjanjian
dengan syarikat konsesi lebuh raya, berusaha mencari jalan mengurangkan kadar
tol dan memansuhkan kutipan tol jika boleh, sekiranya mereka menang pilihan
raya umum lepas.
Kira-kira 150 orang hadir pada ceramah umum itu yang turut
dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari. - Bernama
K'jaan dijangka umum berita gembira mengenai tol dalam masa terdekat
Reviewed by Faceless
on
16:02
Rating:
No comments: