Pada tahun 2012, Israel telah melarang atlet Palestin lumpuh
yang ditaja oleh Britain untuk menyertai sambutan pra-Olimpik di Baitulmaqdis.
Loading...
Khamis Zakout pada ketika itu memberitahu media bahawa
konsulat British telah menjemputnya bersama lima lagi orang atlet Palestine
untuk meraikan sambutan tersebut, sebaliknya dia antara satu-satunya atlet
diharamkan untuk hadir.
Tentera Israel mengatakan Zakout telah dihalang kerana
alasan keselamatan.
Zakout yang berusia 47 tahun itu berkata dia tidak mempunyai
rekod keselamatan dan bekerja di Israel sebelum kakinya lumpuh dalam kemalangan
kerja di sana pada tahun 1992.
Zakout merupakan atlet paralimpik acara melontar lembing dan
menembak yang merancang untuk mara ke sukan Olimpik London pada tahun itu.
Sumber: ESPN
Israel pernah halang atlet Palestin hadiri acara Olimpik di Jerusalem
Reviewed by Faceless
on
00:41
Rating:
![Israel pernah halang atlet Palestin hadiri acara Olimpik di Jerusalem](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJj016JdYHPaUxx38j1EsyNYYPL7vIyIFYtFL187V0ydIWU3PISPg0YdNNTIzpr7hgdvWzwP1bt0r7WBV_57eHuxzR0sOOtDK32U0hNs-JZFlOOEASz3mNZm3LBHmAKxYrTE76z91iuIFh/s72-c/1018316866.jpg)
No comments: