Harga minyak petrol RON95 dan RON97 turun 5sen untuk tempoh
sekurang-kurangnya seminggu mulai tengah malam ini.
Penurunan tersebut menjadikan harga jualan runcit RON95 pada
paras RM1.93 seliter manakala RON97 dijual RM2.23 seliter.
Loading...
Bagaimanapun tiada perubahan harga untuk diesel. Justeru ia
akan kekal dijual pada harga RM2.18 bagi setiap satu liter.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penurunan harga runcit
bagi petrol RON95 adalah kesan penurunan harga produk petroleum yang diproses
(refined products) di pasaran dunia.
Katanya ia didorong oleh faktor peningkatan pengeluaran
produk petrol di pasaran global.
"Perbezaan kos yang lebih tinggi bagi diesel berbanding
petrol disebabkan oleh peningkatan permintaan bagi produk berkenaan,
terutamanya dari China, selain peningkatan pengeluaran produk petrol di pasaran
global," katanya.
Menurut Lim kerajaan PH kekal komited untuk melaksanakan
dasar penstabilan harga runcit produk petroleum dan pada masa yang melaksanakan
penetapan harga yang memanfaatkan rakyat.
"Ini bermakna apabila harga petroleum di pasaran dunia
turun, harga runcit produk petroleum juga akan diturunkan bagi membolehkan
pengguna menikmati manfaat penurunan harga minyak dengan segera.
"Bagaimanapun jika harga pasaran produk melebihi paras
harga yang ditetapkan, kerajaan akan menstabilkan harga jualan runcit bagi
produk petrol RON95 dan diesel dengan mengekalkan harga jualan runcit
masing-masing pada paras RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter," katanya - Malaysiakini
Harga petrol turun 5 sen, diesel kekal
Reviewed by Faceless
on
00:43
Rating:
![Harga petrol turun 5 sen, diesel kekal](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOuZZeyGKhIZPG6WirlJeQnJ6y-pErarOtlitSEAu0ezqg1XvIjpYtkeNFLswWH9Lsk_XJIazpHw7yaOCtdJsVGt72DpH_0SVW8XoEoIf03n7H9lvEmTCe2KrAVmKL5aez2qwLy-ra3RW2/s72-c/2C0BA77F-80ED-4BE0-BB6C-2152A79AB6C1.jpeg)
No comments: