Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Hashim Abdullah
tidak termasuk dalam siasatan tribunal kerana beliau berundur lebih awal
daripada enam anggota SPR lain yang disiasat tribunal itu.
"Hashim letak jawatan tidak lama selepas pilihan raya
(9 Mei).
Loading...
"Apabila Bersih menggesa perdana menteri menubuhkan
tribunal Ogos lalu, Hashim sudah letak jawatan. Jadi dia mesti ditangani secara
berbeza," kata sumber seperti dilapor oleh portal Malaysiakini.
Bagaimanapun sumber itu menegaskan ini tidak bermakna Hashim
tidak boleh disiasat oleh agensi lain.
"SPR baru, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) boleh menyiasat dakwaan kesalahannya dan memulakan prosiding
jenayah jika dia ada salah laku," katanya.
Hashim menamatkan perkhidmatannya lebih awal iaitu pada 1
Julai lalu, kira-kira sebulan sebelum Bersih menggesa kerajaan menubuhkan
tribunal bagi menyiasat dakwaan salah laku SPR sebelum dan ketika PRU ke-14.
Enam lagi terus menjadi anggota SPR sehingga 1 Januari 2019.
Lima daripada mereka mengumumkan penamatan khidmat mereka
pada 18 Oktober.
Seorang lagi membuat pengumuman sama tidak lama kemudian.
Sumber itu mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kota Melaka
Khoo Poay Tiong yang menggesa Peguam negara Tommy Thomas agar memastikan
tribunal itu turut menyiasat Hashim.
"Sudah tentu sebagai bekas pengerusi SPR, beliau
memikul tanggungjawab besar dan patut duduk di barisan pertama siasatan,"
katanya.
Bekas pengerusi SPR tidak disiasat tribunal sebab berundur lebih awal, kata sumber
Reviewed by Faceless
on
03:40
Rating:
![Bekas pengerusi SPR tidak disiasat tribunal sebab berundur lebih awal, kata sumber](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGLGogm6oC9cf6C-DSgm10XtDWyMcBg57szYDYPZSsXNKFTjadlZvC3kkAAtnJ6yTCWEumvuji3UaYaaYvr-M-i47PtaEZNXPL1XriSka1fHLijOSfrNkJhEWREX7kbKcQYxfZdMRttTG7/s72-c/Mohd-Hashim-Abdullah..jpg)
No comments: