Pengkhianatan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad pada sesi Parlimen akan datang adalah cubaan psikologi
pembangkang untuk melemahkan Pakatan Harapan (PH).
Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
berkata, ia usaha pembangkang untuk mempamerkan keadaan tidak stabil politik PH
masa kini yang semata-mata pentingkan perebutan jawatan dari bekerja keras
menjaga kebajikan rakyat mahupun membangunkan semula negara Malaysia.
Loading...
"Pembangkang kini semua mereka sudah menganggur,
kalangan ini semua sudah tidak ada kerja.
"Tambahan pula, mereka mempunyai banyak dana dan
kewangan untuk menjalankan kempen fitnah kepada seluruh rakyat hasil wang
kerajaan semasa memimpin kerajaan dahulu.
"Saya hendak tanya siapa dalam PH yang cuba gulingkan
Dr Mahathir dari jawatan PM?" soalnya dalam satu kenyataan di sini, pada
Rabu, lapor Astro Awani.
Sebelum ini, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad
Sabu menolak dakwaan wujud undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir Mohamad yang
bakal diusulkan di Parlimen oleh PH.
Menurut Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, Amanah
melihat perkara itu sebagai khabar angin yang sengaja dimainkan parti lawan
untuk mengalih pandangan rakyat.
Dalam pada itu tegas Khairuddin, hubungan di antara
pemimpin-pemimpin dalam kalangan parti-parti komponen PH adalah amat harmonis.
"PH mengamalkan konsep musyuawarah yang cukup baik. Apa
saja perbedaan pendapat di kalangan parti-parti atau pemimpin-pemimpin PH
selalunya diselesaikan melalui rundingan meja bulat.
"Unsur tikam menikam dari belakang tidak wujud di dalam
PH seperti UMNO pada suatu masa dahulu.
"Pemimpin-pemimpin UMNO cuba menabur fitnah pada hari
ini semata-mata berteraskan kepada persepsi. Itu 'auta kosong' sahaja,"
tegasnya.
Khairuddin berkata, Dr Mahathir mempunyai ilmu politik yang
amat mendalam sejak tahun 1946 sehingga kini tidak akan membuang masa melayani
berita khabar-khabar angin sebegini.
"Dr Mahathir adalah seorang tokoh politik yang amat
bijak dan dapat melihat pada jarak masa depan yang cukup jauh. Pandangan beliau
cukup jauh ke hadapan.
"Semangat nasionalisme dan patriotisme Dr Mahathir
terlalu tebal. Sebab itu pada usia 93 tahun beliau masih berjuang untuk
membetulkan serta membaiki keadaan negara.
"Keseluruhan rakyat di negara kita kena bersabar kerana
kerosakan negara terlalu teruk. Kita memerlukan sedikit masa untuk membangunkan
semula negara demi kesejahteraan semua," ujarnya.
Khairuddin juga sedia menjadi individu di hadapan sebagai
benteng jika ada pihak yang cuba menggulingkan Dr Mahathir.
"Bagi pihak diri saya; sudah cukup bersedia dengan
pelbagai persediaan rapi bagi menghadapi kemungkinan ini sekiranya betul.
"Pada hakikatnya saya tidak beretorik. Sesiapa saja
yang cuba hendak menggulingkan Dr Mahathir dari jawatan PM akan dihalang walau
saya bertindak seorang diri.
"Ini adalah masa untuk kita semua bersatu hati bagi
membangunkan semula negara. Bukan masanya kita bercakaran sesama sendiri bagi
merebut jawatan. Kepentingan bangsa dan negara harus berada di atas
segala-galanya. Bukan agenda kepentingan diri," katanya.
Khairuddin dedah helah 'Tikam belakang' Tun Mahathir
Reviewed by Faceless
on
16:46
Rating:
No comments: