GEORGE TOWN ― Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
menolak permohonan Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) Pulau Pinang
untuk menempah Stadium Bandaraya Pulau Pinang bagi menganjurkan ceramah umum
oleh pencemarah antarabangsa, Dr Zakir Naik, Jun ini.
Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam MBPP,
berkata permohonan itu tidak dapat dipertimbangkan kerana stadium itu telah
ditempah oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) untuk perlawanan Liga Premier
2019 mulai bulan ini hingga Julai depan.
Loading...
MBPP, dalam kenyataan hari ini berkata, Stadium Bandaraya
juga sudah ditempah oleh sekolah, persatuan dan kelab sukan yang lain untuk
acara sukan.
Oleh itu, kami tidak dapat mempertimbangkan pemohonan yang
dikemukakan oleh IPSI pada 10 Januari lalu,” menurut kenyataan itu.
MBPP juga mempunyai rutin penyelenggaraan padang dan stadium
yang perlu dilaksanakan bagi memastikan venue sentiasa dalam keadaan baik untuk
semua akiviti sukan, katanya.
“Kerja-kerja penyelenggaraan stadium dan padang sudah
dijadualkan sebelum pemohonan diterima daripada IPSI,” katanya.
Program Dr Zakir dijadual diadakan di stadium tersebut dari
jam 8 hingga 11 malam, 14 Jun ini, dengan anggaran peserta seramai 10,000
sehingga 15,000 orang. ― Bernama
MBPP tolak permohonan ceramah Zakir Naik di stadium
Reviewed by Faceless
on
18:02
Rating:
No comments: