Foto Sinar Harian
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan kunjungan
Menteri Perdagangan dan Perindustrian Norway, Thorbjorn Roe Isaksen ke Malaysia
minggu depan untuk meninjau bidang kerjasama baru dan mengukuhkan lagi
kerjasama dua hala.
Malaysia juga berharap dapat bekerjasama dengan Norway dalam
perkara mengenai larangan ke atas minyak sawit, selain mengkaji pembangunan
dalam industri minyak sawit, termasuk dalam bidang pembangunan lestari.
Loading...
Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata perdana
menteri, telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Norway Erna Solberg,
baru-baru ini yang menjelaskan pendirian Malaysia berhubung undi oleh Parlimen
Norway mengenai minyak sawit.
Dr. Mahathir turut menyatakan pendirian negara kepada Duta
Besar Norway ke Malaysia, Gunn Jorid Roset dalam pertemuan pada 18 Feb, 2019.
Parlimen Norway mengundi pada 3 Dis, 2018 untuk mengehadkan
dan menghentikan penggunaan minyak sawit secara berperingkat berkuat kuasa 1
Jan, 2020.
“Berdasarkan layanan yang tidak adil ke atas minyak sawit,
Malaysia meminta Kerajaan Norway untuk menilai semula perkara itu.
“Kami meminta sokongan Norway untuk memberikan akses yang
sama kepada minyak sawit lestari bersama dengan stok suapan biofuel lain,”
menurut kementerian itu.
Wisma Putra menegaskan cadangan larangan itu tidak adil dan
bersifat diskriminasi kerana tiada tanaman lain yang menghasilkan minyak
disasarkan.
Dakwaan minyak sawit bertanggungjawab kepada aktiviti
penebangan hutan adalah tidak benar berikutan penyelidikan telah menunjukkan
industri minyak sawit Malaysia bukan pemacu kepada aktiviti penebangan hutan.
Malah, kedudukan penanaman kelapa sawit jauh di belakang
daging lembu dan soya, dinamakan hanya dua, yang bertanggungjawab kepada
penebangan hutan yang lebih besar.
Malaysia telah memberi jaminan untuk mengekalkan
sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan tanah di bawah kawasan liputan
hutan pada Sidang Kemuncak Rio 1992 dan komitmen ini masih dipenuhi hari ini.
Negara amat komited dalam melindungi dan memulihara
hutannya, dengan 55.3 peratus daripada jumlah kawasan tanah di bawah kawasan
liputan hutan.
Ini jauh lebih tinggi daripada liputan hutan di kebanyakan
negara-negara Eropah yang besar, termasuk Perancis, Jerman, Itali dan United
Kingdom.
Industri minyak sawit Malaysia kini memberi tumpuan kepada
meningkatkan produktiviti dan hasil serta menggunakan tanah yang sedikit untuk
mengeluarkan hasil yang tinggi, kira-kira 4 hingga 10 kali lebih produktif
berbanding tanaman lain, seperti biji sesawi, jagung, soya dan canola.
Malaysia juga berusaha untuk mencapai standard kelestarian
yang paling tinggi dalam usaha pembangunannya. - Bernama
PM alu-alukan kunjungan menteri Norway
Reviewed by Faceless
on
17:59
Rating:
No comments: