Menteri kewangan hari ini enggan mendedahkan maklumat lanjut
mengenai pengumuman kutipan tol yang dijangka dibuat dalam tempoh terdekat.
Lim Guan Eng juga berharap orang ramai tidak membuat
sebarang spekulasi sama ada pengumuman tersebut melibatkan pemansuhan semua
kutipan tol.
Loading...
“Bolehkah anda menunggu pengumuman, jika ada? Tolong tunggu
pengumuman nanti,” katanya, mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Tan Sri
Muhyiddin Yassin malam tadi, lapor Malay Mail.
“Adakah saya yang akan umumkan? Tunggu orang yang tepat
untuk mengumumkannya, saya tidak boleh berkata apa-apa sekarang.”
Selain meminta orang ramai bersabar menanti pengumuman itu,
Lim berkata beliau akan menyemak semula dengan Muhyiddin mengenai perkara ini.
Ketika berkempen di Semenyih, Muhyiddin memberitahu kerajaan
akan membuat satu pengumuman penting berkaitan kutipan tol lebuh raya dalam
masa terdekat.
“Kita baru berbincang dalam Kabinet... mungkin dalam sehari
dua ini akan ada kenyataan berkaitan tol yang akan diumumkan menteri
berkaitan,” katanya dalam ceramah di Batu 26 Beranang.
Menghapuskan kutipan tol menjadi satu daripada sejumlah
besar janji pembaharuan dalam manifesto Pakatan Harapan, yang kini dituntut
agar ditunaikan segera.
Kutipan tol akan dihapus? Guan Eng minta rakyat bersabar
Reviewed by Faceless
on
01:03
Rating:
No comments: