Kempen PRK DUN Semenyih baru berjalan tiga hari
namun nampaknya bahang pilihan raya kali ini semakin terasa.
Semalam, Sinar Harian mendapati risalah provokasi mengkritik bekas
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mula disebarkan berhampiran sebuah
pasar raya terkemuka.
Menurut seorang penunggang motosikal
yang ingin dikenali sebagai Eddy, dia mendapati risalah tersebut berada di
dalam raga motosikalnya selepas dia membeli barang keperluan di pasar raya
itu, lapor Sinar Harian hari ini.
Loading...
“Pada mulanya saya fikir mungkin risalah perniagaan
namun bila diambil, ia merupakan risalah mengutuk Najib. Sempat jugalah saya
baca semuanya.
“Lepas baca, saya buang terus. Tiada faedah
baca perkara sebegitu cuma terkejut juga masih ada pihak melakukan perkara
sedemikian,” katanya.
Secara kebetulan, salah seorang
wartawan Sinar Harian turut mendapat risalah sama kerana motosikalnya juga
diletakkan di kawasan sama.
Berdasarkan pemerhatian, risalah
itu memaparkan karikatur seorang lelaki mirip Najib sedang menunggang motosikal
dan ditulis perkataan ‘Malu apa bossku!’ di sebelahnya.
Dalam halaman sama, perkataan ‘pencuri, perompak, penyangak, penyamun’
dan ‘Malaysia jangan lupa!’ juga dicetak dalam risalah dua muka itu.
Di belakangnya pula, terpampang tulisan ‘Rosmah sumbang RM326 juta?’
yang dikaitkan dengan laporan berita bertajuk ‘Anak Rosmah, Riza Aziz harumkan
nama negara’.
Berita tersebut mengisahkan penerbitan filem
The Wolf Of Wall Street menelan belanja RM326 juta yang didakwa hasil sumbangan
ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam pada itu, hasil
tinjauan juga mendapati terdapat satu banner provokasi digantung berhampiran
kawasan tersebut.
Banner yang turut memaparkan logo PH itu tertulis
‘Kita bukan pencuri’, ‘Kita bukan pembohong’ dan ‘Kita bukan perompak’ dan
dipercayai ia juga merujuk kepada Najib dan kerajaan terdahulu.
Menjelang PRK Semenyih, risalah ‘bossku pencuri’ mula tersebar
Reviewed by Me
on
17:44
Rating:
No comments: