PAS sokong Mahathir bukan sebab kes dana RM90 juta


Sokongan PAS kepada Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada kena mengena dengan siasatan kes parti itu menerima dana Umno RM90 juta, kata naib presiden PAS.

Mohd Amar Nik Abdullah berkata hal itu juga bukan bermakna PAS bekerjasama dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia tetapi disebabkan “desas-desus” ada cubaan “tukar perdana menteri”.
Loading...

“Tidak timbul isu siasatan dana RM90 juta sebab perkara itu (sudah) disiasat SPRM dan laporan sebelum ini menyatakan perkara itu tidak berlaku,” katanya seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

“Sokongan kita kepada Tun M atas sifat (kedudukan) perdana menteri in case kalau ada usaha guling atau undi tidak percaya,” kata wakil rakyat Panchor merujuk sidang Parlimen pada Mac ini.


Setuju Mahathir menerajui negara untuk dua tahun, timbalan menteri besar Kelantan berkata usaha menggulingkan perdana menteri “tidak sepatutnya berlaku” dan “tidak sihat dari segi politik”.
PAS sokong Mahathir bukan sebab kes dana RM90 juta PAS sokong Mahathir bukan sebab kes dana RM90 juta Reviewed by Faceless on 01:12 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.