Meskipun tidak disebut dalam Belanjawan 2019, Kementerian
Kewangan hari ini mengumumkan pemberian bantuan wang tunai RM100 kepada setiap
individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data Bantuan
Sara Hidup 2018.
Dalam kenyataan media, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata
bayaran wang tunai itu akan memberi manfaat kepada kepada lebih tiga juta
individu, lapor Malaysiakini.
Loading...
Bayaran itu akan melibatkan peruntukan RM300 juta dana awam.
Keputusan itu, jelas Lim, dibuat atas saranan Perdana
Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH)
Muhyiddin Yassin.
"Perdana menteri telah menekankan bahawa isu tekanan
kos sara hidup perlu diberi perhatian bagi semua yang berkeperluan dalam masa
terdekat.
"Inilah sebabnya bayaran BSH sebanyak RM300 dibayar
pada 28 Januari 2019 kepada semua isi rumah yang berkeluarga sungguhpun masih
berdasarkan pangkalan data lama yang belum dikemas kini.
"Tambahan, timbalan presiden PH telah menyarankan
supaya turut dibantu anak muda yang belum berkahwin dan bekerja tetapi
berpendapatan kecil," kata kenyataan itu.
Berhubung dengan bayaran selanjutnya, tambah Lim, kadar
bantuan BSH bagi 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan
kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.
Bantuan wang tunai golongan bujang dikembalikan atas saranan PM
Reviewed by Faceless
on
01:07
Rating:
No comments: