Foto FMT
Loading...
Malah, ahli parlimen Amanah berkata penarikan kes saman sekaligus menyebabkan segala tuduhan tidak boleh ditafsirkan sebagai fitnah kerana “tiada pun sebaris ayat Sarawak Report tarik balik tuduhan atau minta maaf”.
Mencoret di Facebook hari ini, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata keadaan itu menimbulkan spekulasi kandungan audio yang menjadi punca saman fitnah dibuat mungkin “benar belaka”.
“Bila saman fitnah dan tak diteruskan , logiknya tak dapat dipastikan apa yang dikatakan oleh SR (Sarawak Report) itu fitnah atau tidak,” katanya yang mendakwa beliau sedari awal sudah “ramal” penarikan saman itu.
“Bila tak menang maknanya tak boleh kata apa yang disiarkan oleh SR adalah confirmed (sahih) fitnah”.
Mac tahun lalu, rakaman audio yang didakwa suara wakil rakyat PAS Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz mengakui menerima wang dari Umno tersebar di media sosial.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap Clare di luar mahkamah, setelah meneliti “semua aspek”.
Saman itu dibuat pada April 21, 2017 berikutan tuduhan yang mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta untuk menarik sokongan parti menyokong Barisan Nasional (BN) dan Umno. - Projek MM
PAS tarik saman beri spekulasi audio dapat dana Umno RM90 juta ‘benar belaka’, kata Hanipa
Reviewed by Me
on
05:17
Rating:
![PAS tarik saman beri spekulasi audio dapat dana Umno RM90 juta ‘benar belaka’, kata Hanipa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBFSwcmKkvUqUBEU8OvAQSWFnGVLIESd1W8hUp5sHKrmRsqjRNXIz2sv-dtF7mIJXqGUxhIFnIwoBv9Z8bpnsPZfUTC3bU4MHU9A5RGoEUNSOpA-u8SNuvZz2nXiHZL2J8h410zRCf84FD/s72-c/Rewcastle-Brown_Abdul-Hadi-Awang_600.jpg)
No comments: