KUALA LUMPUR — Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan
untuk menyelesaikan kes saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle
Brown di luar mahkamah.
Setiausaha politiknya berkata keputusan dibuat setelah
meneliti keseluruhan tindakan mahkamah dari “semua aspek”.
Loading...
“[...] adalah dimaklumkan bahawa Hadi telah membuat
ketetapan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah (our of court
settlement) melalui Perintah Persetujuan (consent order) bertarikh 1 Februari
2019 di Mahkamah Tinggi London,” katanya Syahir Sulaiman.
Beliau berkata penyelesaian itu termasuk Hadi menarik balik
tuntutan terhadap defendan (Clare) dan editor itu menarik balik tuntutan balas
ke atas Hadi.
“Tiada perintah berkenaan kos dan kedua-dua pihak adalah
tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan
penyelesaian ini,” katanya.
Pada 21 April 2017, Hadi mengambil tindakan undang-undang
terhadap Clare kerana mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta untuk
menarik sokongan parti menyokong Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Januari lalu, PAS memohon bantuan orang ramai menyelesaikan
kos guaman saman RM400,000 terhadap Sarawak Report. - Projek MM
Kes Hadi saman Sarawak Report selesai luar mahkamah
Reviewed by Faceless
on
23:00
Rating:
No comments: