Jangan bandingkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang “masih
bayi” dengan pentadbiran “warga emas” Barisan Nasional (BN) dulu, kata menteri
besar Selangor.
Berkempen di Semenyih malam tadi, Amirudin Shari berkata
perbandingan sedemikian “tidak adil” kerana kerajaan PH kini baru berusia
sembilan bulan, lapor Utusan Online.
Loading...
“Mana boleh kita banding bayi dengan seorang warga emas.
Pengalaman berbeza. Bercakap pun tak boleh nak dibanding. Nak banding biar
banding dengan adil dan betul,” katanya.
Beliau, yang juga pengerusi PH Selangor, menyeru pengundi di
situ menilai pencapaian PH, dulu dikenali Pakatan Rakyat, mentadbir Selangor
dan Pulau Pinang yang dikuasai sejak 2008.
“Di situlah (Selangor dan Pulau Pinang) kita dapat lihat
rupa bentuk dan gaya pentadbiran PH,” katanya di bilik gerakan daerah mengundi
Kuala Pajam di sini.
Semenyih menyaksikan persaingan sengit antara PH dengan BN,
yang pertama kali gagal mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya umum
Mei tahun lalu.
Tidak adil, PH masih ‘bayi’ dibanding dengan ‘warga emas’ BN - MB Selangor
Reviewed by Faceless
on
19:59
Rating:
No comments: