Mahkamah di Sydney menolak permohonan suaka politik bekas
polis elit Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh wanita Mongolia Altantuya
Shaariibuu.
Seorang rakyat Malaysia rakan Sirul di Australia – yang
enggan namanya disebut – berkata Sirul sebelum ini membuat permohonan itu di
Tribunal Rayuan Pentadbiran di Syedney.
Loading...
“Dia mahu dibebaskan dalam masyarakat Australia, dibebaskan
dari tahanan supaya dia boleh masuk dan hidup dalam masyarakat Australia,
kerana katanya jenayah dia adalah jenayah politik,” katanya.
Tribunal itu menolaknya, termasuk rayuannya, pada Isnis lalu
atas alasan ia bukan jenayah politik.
“Terdapat alasan serius dengan mempertimbangkan pemohon
melakukan jenayah serius bukan politik di Malaysia sebelum masuk ke Australia,”
menurut tribunal itu.
Sementara itu, laporan jaringan media Australia ABC menyebut
Sirul mungkin dihantar pulang ke Malaysia selepas negara ini memansuhkan hukuman
mati.
Undang-undang Australia melarang penghantaran pesalah yang
berdepan hukuman mati di negara asal. - Malaysiakini
Kes Altantuya: Sirul gagal dapat suaka politik dari Australia
Reviewed by Faceless
on
23:08
Rating:
No comments: