KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah
memulakan siasatan berhubung dakwaan
mengaitkan Peguam Negara Tommy Thomas dengan sikap anti-Islam seperti yang
tular di media sosial.
Loading...
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata
pihaknya menerima satu laporan polis hari ini daripada pihak Thomas, ekoran
terkesannya catatan di laman Facebook dan aplikasi WhatsApp.
“PDRM telah memulakan siasatan ke atas kes ini yang
diklasifikasikan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (bagi kesalahan fitnah)
dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar
kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain),” katanya dalam
satu kenyataan malam ini.
Thomas hari ini dilaporkan membuat laporan polis susulan
beberapa tuduhan mengaitkannya dengan sikap anti-Islam seperti yang tular di
media sosial.
Difahamkan, laporan berkenaan dibuat dua pegawai khasnya,
Amir Nasarudin dan Siti Rahayu Mumazaini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Putrajaya bagi pihak Thomas pada kira-kira 3.15 petang. — Bernama
Tuduh peguam negara anti Islam, polis mulakan siasatan
Reviewed by Faceless
on
18:55
Rating:
No comments: