KOTA BARU — PKR yakin gabungan kerjasama antara Umno
dan PAS tidak akan berjaya disebabkan Umno sudah tidak lagi diterima rakyat di
negara ini.
Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata
tidak mungkin rakyat akan memberikan sokongan terutama kepada Umno yang telah
menyebabkan kerosakan besar dalam negara terutama berkaitan rasuah.
Loading...
“Ini strategi politik dan gabungan antara Umno dan PAS itu
pilihan mereka, tapi yakinlah rakyat sudah membuat keputusan dengan menolak
Umno pada pilihan raya umum lalu.
“Bagaimana parti yang ditolak rakyat ini boleh bergabung
pula dengan PAS tetapi itu adalah pilihan mereka untuk bergabung,” katanya
kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKR Kelantan di
sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi PKR Kelantan Datuk Seri Supardi Md
Noor.
Semalam Umno dan PAS secara rasmi mengumumkan kerjasama
rasmi antara kedua-dua parti bagi tujuan penyatuan ummah.
Bagaimanapun kerjasama itu bukan bermaksud Umno dan PaAS
bergabung, sebaliknya satu ikatan untuk menyatukan ummah tanpa meminggirkan
keseluruhan masyarakat termasuk kaum Cina dan India.
Sementara itu Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi
yakin tidak akan berlaku undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad pada sesi Parlimen yang akan bermula 11 Mac ini.
Beliau berkata sewajarnya semua pihak patut menyokong
sepenuhnya kepimpinan Dr Mahathir bagi memulihkan keadaan negara seterusnya
memperkukuh ekonomi.
“Rakyat sudah memberikan mandat besar dan mahukan kerajaan
Pakatan Harapan terus kukuh untuk memulihkan ekonomi negara dan banyak lagi
yang kami perlu buat untuk itu,” katanya. — Bernama
'Bagaimana parti ditolak rakyat boleh bergabung pula dengan PAS?' - Azmin yakin gabungan gagal
Reviewed by Faceless
on
18:27
Rating:
No comments: