Fenomena 'Bossku' tidak dirancang dan ia menjadi tular
kerana ia selari dengan jiwa dan keinginan anak muda, kata bekas perdana
menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, slogan itu merupakan simbol bahawa anak muda ingin
Barisan Nasional (BN) perjuangkan perkara yang dekat di hati mereka.
Loading...
“Kita lihat bahawa semangat dan fenomena 'Bossku' ini
terjadi dengan sendiri dan secara organik.
“Ia tidak dirancang dan bukan satu pengarahan yang kita (BN)
lakukan tetapi ia terbit dari hati nurani rakyat terutama sekali generasi muda.
“Ini merupakan satu simbol bahawa orang muda ingin kita
perjuangkan apa yang dekat di hati mereka, apa yang mereka lihat sebagai
kepentingan kepada anak muda dan negara pada keseluruhannya,” kata Najib kepada
pemberita di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran
Kajang di sini pada Sabtu.
Slogan 'malu apa Bossku' mula tular selepas sebuah video
pendek di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib.
Pemuda tersebut kedengaran menyebut 'bossku' dan disambut
oleh Najib dengan menyebut, 'malu apa bossku'.
Foto grafik Najib menaiki motosikal Yamaha Y15ZR bersama
perkataan 'malu apa bossku' turut tersebar pantas di saluran media sosial.
Fenomena 'Bossku' simbol perjuangan anak muda, kata Najib
Reviewed by Faceless
on
01:18
Rating:
No comments: