Malaysia gantung operasi pesawat Boeing 737 Max 8 serta-merta


KUALA LUMPUR — Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menggantung operasi penerbangan pesawat Boeing 737 MAX 8 ke dan dari Malaysia serta transit di negara ini berkuat kuasa serta-merta sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
Loading...

Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Nizar Zolfakar berkata tindakan itu adalah susulan daripada dua tragedi yang melibatkan pesawat jenis sama dalam tempoh kurang lima bulan.

CAAM turut mengesahkan tiada mana-mana syarikat penerbangan Malaysia menggunakan pesawat Boeing 737 MAX 8 dalam operasi mereka, menurutnya dalam kenyataan hari ini.


Malaysia menyertai negara seperti Singapura, China, Indonesia dan Australia, yang telah menggantung operasi Boeing 737 MAX, ekoran tragedi pesawat Ethiopian Airlines 737 MAX terhempas ketika dalam penerbangan ke Nairobi dari Addis Ababa, yang mengorbankan kesemua 157 penumpang dan anak kapal pada Ahad lepas.

Sebelum itu, sejumlah 189 penumpang dan anak kapal maut apabila pesawat jenis sama milik Lion Air Indonesia terhempas pada Oktober tahun lepas. — Bernama
Malaysia gantung operasi pesawat Boeing 737 Max 8 serta-merta Malaysia gantung operasi pesawat Boeing 737 Max 8 serta-merta Reviewed by Faceless on 17:37 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.