Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengharamkan dua bekas pegawai Goldman Sachs Group Inc daripada industri perbankan atas penglibatan mereka dalam skandal pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.
Menurut laporan Reuters, Rizab Persekutuan berkata Tim
Leissner dan Roger Ng diharamkan kerana pembabitan mereka dalam "rancangan
yang mengalihkan berbilion dolar daripada syarikat pelaburan Malaysia secara
tidak sah".
Loading...
Menurut perintah penyelesaian yang dikeluarkan badan itu
sebelum ini, Leissner - bekas pengerusi Goldman Sachs di Asia Tenggara dan
individu utama dalam tiga penjualan bon 1MDB - tidak mengaku atau menafikan
dakwaan tersebut tetapi setuju membayar denda berjumlah AS$1.42 juta.
Peguam Leissner enggan mengulas kepada Reuters berkenaan
pengharaman itu, manakala peguam Ng setakat ini gagal dihubungi.
"Dengan mengambil kira dakwaan Jabatan Kehakiman AS,
perkembangan ini tidak mengejutkan," kata jurucakap Goldman Sachs Michael
Duvally seperti dipetik.
Leissner sebelum ini mengaku bersalah terhadap dua tuduhan
onspirasi mengubah wang haram dan berkonspirasi dengan warga negara asing untuk
melanggar Akta Amalan Rasuah Asing Amerika Syarikat berhubung dengan skandal
1MDB
Pada Februari lalu, Ng yang ditahan di Malaysia sejak 1 November lalu Ng setuju untuk diekstradisi ke AS dan mungkin akan mengaku tidak bersalah.
Pada Januari lalu, CEO Goldman Sachs David Solomon memohon
maaf kepada rakyat Malaysia berhubung peranan bekas pegawai bank itu Tim Leissner
dalam skandal 1MDB, bagaimanapun menegaskan pihaknya telah melakukan urusan
sewajarnya (due diligence) sebelum setiap transaksi. - Malaysiakini
Skandal 1MDB: 2 bekas pegawai Goldman Sachs diharam dari industri perbankan
Reviewed by Faceless
on
20:45
Rating:
No comments: