Datuk Seri Najib Razak secara sinis berkata beliau menunggu
“Warkah Cordova” untuk memujuk Nurul Izzah Anwar yang mahu berundur dari dunia
politik.
“Sementara waktu, kita tunggu ‘Warkah Cordoba baru dari
kekanda untuk pujuk memujuk,” kata bekas perdana menteri merujuk kenyataan
Nurul Izzah “ini penggal terakhir buat saya”.
Loading...
Memetik kembali kenyataan ahli parlimen Permatang Pauh dari
sebuah portal berita, Najib juga bertanya “benar ke” pentadbiran kerajan
Pakatan Harapan (PH) bergelora dan huru-hara.
“Rakyat tak percaya kecuali ini diumumkan oleh menteri
kewayangan,” kata ahli parlimen Pekan lagi tetapi tidak jelas siapa yang beliau
maksudkan sebagai “menteri kewayangan”.
Najib dalam beberapa hantaran Facebook sebelum ini merujuk
menteri kewangan Lim Guan Eng sebagai “menteri kewayangan” dalam isu ekonomi
yang tidak melibatkan Nurul Izzah.
Kelmarin, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan
beliau tidak mahu bertanding dalam pilihan raya akan datang berikutan kecewa
dengan langkah perlahan pentadbiran PH.
Sebelum ini, Datuk Seri Muhajid Yusof menulis “Warkah
Cordova” berikutan keputusan Nurul Izzah melepaskan jawatan naib presiden dan
ketua PKR Pulau Pinang secara mengejut.
Naib presiden Parti Amanah Negara membahasakan dirinya
sebagai “kakanda” dan memanggil Nurul Izzah sebagai “adinda” dalam tulisan
tersebut hingga dipersendakan banyak pihak.
Najib sindir tunggu ‘Warkah Cordova’ pujuk Nurul Izzah
Reviewed by Faceless
on
22:47
Rating:
No comments: