Naib presiden PKR menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim
menjelaskan kedudukan sebenar anak sulungnya Nurul Izzah Anwar dalam parti.
Zuraida Kamaruddin berkata status wakil Permatang Pauh itu
“samar” walau sudah meletakkan jawatan selaku naib presiden, kerana mendakwa
“masih diminta pengerusikan mesyuarat”, lapor Berita Harian.
Loading...
“Ia sangat samar-samar bagi kami kerana ada satu ketika beliau
berkata meletak jawatan, tetapi parti masih lagi memintanya mempengerusikan
mesyuarat.
“Jadi saya tidak jelas dan keliru,” katanya yang mendakwa
Nurul tidak pernah hadir mesyuarat sejak lepaskan jawatan.
“Saya fikir presiden parti [Anwar] perlu menjelaskan
kedudukannya.”
Nurul pada 17 Disember lalu meletak jawatan sebagai naib
presiden parti, termasuk mengundurkan diri selaku pengerusi PKR Pulau Pinang.
Bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu juga melepaskan
jawatan pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan, Latihan Teknikal dan
Vokasional Malaysia (TVET), sebelum baru-baru ini mengumum meninggalkan
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). - Projek MM
Nurul Izzah letak jawatan atau tidak, Zuraida soal Anwar
Reviewed by Faceless
on
23:58
Rating:
No comments: