KUALA LUMPUR — Saiz perkhidmatan awam yang terlalu besar akan meningkatkan
perbelanjaan mengurus kerajaan sekali gus mengecilkan peruntukan perbelanjaan
pembangunan negara.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya
jumlah penjawat awam seramai 1.7 juta ketika ini tidak dikawal, kos
perbelanjaan mengurus akan mengambil sebahagian besar belanjawan negara setiap
tahun.
Loading...
“Ini juga menyebabkan pertumbuhan ekonomi perlahan berikutan
ketidakmampuan kerajaan berbelanja untuk projek-projek pembangunan yang menjana
kesan berganda kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial negara,” katanya ketika
sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini,
hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ismail Mohamed Said
(BN-Kuala Krau) yang ingin tahu rasional cadangan mengurangkan jumlah penjawat
awam di negara ini.
Dr Mahathir berkata kerajaan berpendapat jumlah penjawat
awam boleh dikurangkan tanpa menjejaskan prestasi penyampaian khidmat, punca
pendapatan pegawai yang terlibat dan peluang pekerjaan. — Bernama
PM: Makin besar saiz khidmat awam, makin kecil belanja bangunkan negara
Reviewed by Faceless
on
01:29
Rating:
No comments: