Perbicaraan kes Najib ditangguh Jumaat, peguam patah tangan


Perbicaraan kes melibatkan Datuk Seri Najib Razak ditangguh kepada Jumaat ini berikutan peguamnya patah pergelangan tangan ketika bermain dengan anjing.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Lau Bee Lan dan Datuk Rhodzariah Bujang, beliau tidak dapat meneruskan penghujahan hari ini, lapor Projek MM.
Loading...

“Anjing peliharaan melompat ke atas saya. Sekarang saya sedang sakit dan perlukan rawatan segera termasuk imbasan sinar-x,” kata beliau sambil menunjukkan pergelangan tangan kirinya.


Mewakili Najib yang berdepan tujuh tuduhan berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Rayuan, Shafee mengakui pertama kali mengalami tulang patah.
Perbicaraan kes Najib ditangguh Jumaat, peguam patah tangan Perbicaraan kes Najib ditangguh Jumaat, peguam patah tangan Reviewed by Faceless on 01:20 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.