SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa
membebaskan tertuduh pertama, Siti Aisyah, 26, yang didakwa membunuh lelaki
Korea Utara, Kim Jong-nam dua tahun lalu.
Hakim Datuk Azmi Ariffin memutuskan demikian selepas
membenarkan permohonan pihak pendakwaan, lapor Kosmo Online.
Loading...
"Dalam kes ini, pihak pendakwaan berhasrat untuk
menarik balik pertuduhan terhadap Siti Aisyah. Dengan ini, Siti Aisyah
dilepaskan tetapi tidak terjumlah kepada pembebasan," katanya dalam
penghakiman di sini hari ini.
Terdahulu, Azmi membuat keputusan itu setelah pihak
pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad memohon
menarik balik pertuduhan terhadap Siti Aisyah mengikut Seksyen 254 (1) Kanun
Tatacara Jenayah.
Pertuduhan terhadap kedua-dua wanita itu dikemukakan
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori
jika sabit kesalahan.
Kes bunuh abang Jong-nam, suspek wanita Indonesia dilepas dari tuduhan
Reviewed by Faceless
on
21:16
Rating:
No comments: