PORT DICKSON - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Semenyih, satu mesej untuk bersama mendengar apakah
isu-isu yang mesti dipertimbangkan dengan lebih mendalam, kata Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah berkata, justeru perlu diambil iktibar dalam apa
yang ingin dilakukan sama ada dalam pilihan raya kecil atau besar.
Loading...
"Kita ada sistem demokrasi, kita ada pilihan dan kami
mahukan rakyat tahu kami cuba sedaya upaya untuk rakyat," katanya ketika
ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2019 Parlimen
Port Dickson di PD Waterfront di sini sebentar tadi.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai keputusan PRK
Semenyih yang menyaksikan kemenangan Barisan Nasional (BN) apabila berjaya
menawan semula kerusi DUN Semenyih selepas calonnya, Zakaria Hanafi memenangi
persaingan empat penjuru pada PRK kawasan itu dengan memperoleh 19,780 iaitu
majoriti 1,914 undi.
Zakaria menewaskan calon PH Muhammad Aiman Zainali, yang
memperoleh 17,866 undi, Nik Aziz Afiq Abdul, 25, daripada Parti Sosialis
Malaysia (PSM) (847 undi) dan calon bebas yang juga seorang aktivis masyarakat,
Kuan Chee Heng, 56, (725 undi). - Bernama
PRK Semenyih: Mesej rakyat untuk diteliti - TPM
Reviewed by Faceless
on
16:51
Rating:
No comments: