Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa
keputusan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) hanya boleh dibuat
oleh kerajaan.
Beliau berkata keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Lembaga
Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia bagi mengiktiraf sijil itu hanyalah
pendapat mereka sahaja.
Loading...
“Kalau kita nak iktiraf, kerajaanlah mesti iktiraf,” katanya
selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di sini
semalam.
Pengerusi lembaga kelayakan itu merangkap Peguam Negara
Tommy Thomas, sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa kelayakan UEC pada
tahap Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di
peringkat STPM bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP)
mulai 2021. — Bernama
Kerajaan sahaja boleh iktiraf UEC - PM
Reviewed by Faceless
on
20:30
Rating:
No comments: