Isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor hari ini ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut kenyataan agensi antirasuah itu Rosmah ditahan
berhubung siasatan mereka terhadap projek tenaga solar kerajaan.
Loading...
Kata SPRM mereka menahan isteri Najib Razak itu kira-kira
lima minit selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses akhir siasatan projek
tersebut pada jam 1.40 petang, lapor Malaysiakini hari ini.
"SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat
Peguam Negara bagi menuduh Rosmah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi
esok," katanya.
Menurut SPRM Rosmah sudah dibebaskan dengan jaminan petang
ini.
Esok tokoh berprofil tinggi itu akan berdepan dengan tuduhan
mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Mengikut peruntukan itu seseorang itu boleh dianggap
bersalah jika menerima atau bersetuju untuk menerima suapan untuk diri sendiri
atau orang lain.
Jika didapati bersalah Rosmah boleh dikenakan hukuman
penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda
jumlah suapan, atau RM10,000 bergantung kepada mana yang lebih tinggi.
Untuk rekod sebelum ini pun Rosmah sudah berdepan dengan 22
tuduhan di mahkamah, termasuk 17 membabitkan dakwaan pengubahan wang haram.
Beliau didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001
Tuduhan lain yang dikenakan ke atas Rosmah ialah meminta
rasuah sebanyak RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta bagi projek
bersepadu solar hibrid untuk sekolah di Sarawak.
Rosmah ditangkap SPRM, bakal didakwa lagi esok
Reviewed by Faceless
on
02:03
Rating:

No comments: