Semua permasalahan di Kedah akan berubah sekiranya Datuk
Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri.
Demikian harapan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN)
Keadilan Negeri Kedah, Datuk Johari Abdul yakin masalah di Kedah akan dapat
diselesaikan dalam tempoh empat atau lima bulan akan datang.
Johari berkata, penyelesaian akan dapat diatasi apabila
Perdana Menteri ketika ini Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan itu
dalam tempoh terdekat berdasarkan perjanjian sosial di kalangan pucuk pimpinan
Pakatan Harapan (PH).
Loading...
Katanya, beliau orang pertama yang akan mengemukakan kepada
Anwar untuk penstrukturan semula Kedah agar menjadi sebuah negeri maju di
Malaysia.
Beliau berkata, Kedah kaya dengan sumber alam untuk
dibangunkan tetapi sayangnya kini menjadi negeri kedua termiskin di negara ini.
Johari yakin, Kedah akan membangun menjadi negeri maju
apabila Anwar menerajui kepimpinan negara dalam sedikit masa lagi dan beliau
percaya masalah yang selama ini menghantui rakyat negeri Kedah akan dapat
diselesaikan, lapor Astro Awani.
"Saya amat mengharapkan, bila Datuk Seri Anwar menjadi
Perdana Menteri sayalah orang pertama akan memohon kepada Datuk Seri Anwar
untuk melihat semula apakah perkara yang boleh kita bangkitkan, dan bangunkan
dengan pantas
"Saya mempunyai idea-idea tertentu dan begitu saya
yakin dengan adanya Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri, masalah-masalah
yang selama ini menghambat kita akan dapat kita selesaikan," katanya
selepas menutup siri Jelajah MPN Keadilan Negeri Kedah 1.0 Parlimen Sungai
Petani di Kampung Pengkalan Pengapit Batu, Sungai Petani, Kedah pada petang
sabtu.
Cabang Keadilan Sungai Petani merupakan cabang terakhir
dalam siri Jelajah itu setelah 14 cabang di seluruh negeri telah di lawati
dalam Jelajah MPN Keadilan 1.0 bermula April lepas.
Sementara itu, Johari berkata siri Jelajah 2.0 akan bermula
selepas hari raya aidilfitri tidak lama lagi.
Jelajah MPN Keadilan Negeri Kedah 2.0 akan memberi nafas
baharu, bertemu dan berkampung bersama penduduk.
Pada lawatan setiap cabang Keadilan, MPN akan memberi fokus
penduduk luar bandar terutama di penempatan kawasan tanah rancangan seperti
Felda, Felcra ataupun KEDA.
Beliau berkata lawatan itu nanti pemimpin akan menyelami dan
mengenalpasti masalah yang dihadapi penduduk serta mencari jalan untuk
menanganinya.
Segala permasalahan di Kedah akan selesai bila Anwar jadi PM, kata Johari
Reviewed by Faceless
on
22:05
Rating:
No comments: