KUALA LUMPUR — Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul
Hamid Bador semalam menafikan mesej yang tular di media sosial mendakwa ahli
perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, telah
ditahan.
“Kami sedang berusaha ke arah itu tetapi tiada apa yang
dimuktamadkan lagi. Mesej itu tidak betul,” katanya apabila ditanya mengenai
perkara itu.
Loading...
Mesej yang tular di media sosial itu mendakwa ahli
perniagaan kontroversi itu yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) sudah ditahan pihak berkuasa China dan akan dibawa pulang ke
Malaysia.
Sebelum ini, Abdul Hamid berkata Polis Diraja Malaysia
(PDRM) telah memberi jaminan kepada Jho Low bahawa adalah selamat baginya untuk
kembali ke Malaysia bagi menjalani proses perundangan.
Pada Khamis (30 Mei) Abdul Hamid berkata Jho Low dijangka
ditahan tidak lama lagi dan polis yakin dapat membawanya pulang ke tanah air
untuk berdepan dengan tindakan undang-undang.
Beliau berkata polis mempunyai petunjuk baharu mengenai
keberadaan Jho Low. — Bernama
KPN nafi mesej tular Jho Low ditahan
Reviewed by Faceless
on
22:08
Rating:
No comments: