TUN Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan ketika berucap
sempena lawatannya ke Cambridge Union Society, London apabila melemparkan komen
sinis kepada golongan gay yang disifatkannya mencemari institusi perkahwinan.
Terdahulu, Perdana Menteri ditanya mengenai pendirian
Malaysia terhadap golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT).
Dr Mahathir dalam jawapannya mempersoalkan golongan tersebut
sehingga ada yang mendirikan perkahwinan dengan sesama jantina.
Loading...
“Saya tak faham dengan perkahwinan sesama jenis ini.
(Dengan) perkahwinan kita akan mendapat anak. Tapi dengan perkahwinan gay ini,
anda dapat apa?,” soalnya.
Beliau berkata, golongan gay biasanya terpaksa mengambil
anak angkat kerana mereka tidak mampu mempunyai anak dengan cara semulajadi.
Golongan itu, tegas Dr Mahathir, adalah antara punca
sehingga institusi perkahwinan dicemari dengan perkara-perkara yang tidak baik.
“Bagi saya, perkara beginilah yang merosakkan institusi
perkahwinan. Tiada perkahwinan, tiada keluarga. Apa akan jadi pada kita?,” soal
beliau lagi.
Menurut Perdana Menteri, masalah tersebut timbul kerana
wujudnya cara pemikiran yang percaya semua orang bebas melakukan apa yang
mereka mahu.
“Pemikiran bahawa semua orang bebas. Mereka boleh melakukan
apa sahaja. Lelaki berkahwin dengan lelaki, wanita dengan wanita. Semuanya
dikatakan boleh kerana semua orang ada hak.
“Bagi saya ini tidak betul. Sebab itu, walau apa pun, kita
tidak boleh memberi kebebasan secara mutlak sehingga ada yang bebas melakukan
kerosakan,” kata Perdana Menteri.
Dr Mahathir Mohamad berada di Cambridge Union Society yang
menjadi lokasi pertemuan persatuan debat paling tua di dunia sempena lawatan
kerja tiga hari di United Kingdom.
Cambridge Union Society merupakan antara medan terbaik dunia
dalam forum pertukaran idea serta seni perdebatan umum sejak 1815.
Sumber New Malaysian Post
Perkahwinan sama jantina dapat apa? soal Tun Mahathir
Reviewed by Faceless
on
21:47
Rating:
No comments: