Naib Ketua Pemuda PKR (AMK), Mohd Nazree Mohd Yunus menggesa
partinya supaya memecat Haziq Abdullah Abdul Aziz susulan fitnah video intim
yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.
Mohd Nazree menegaskan sayap pemuda parti itu senantiasa
berdiri teguh bersama Azmin yang juga timbalan presiden PKR dan bersiap sedia
menghadapi sebarang kemungkinan.
"Pemuda (AMK) berpendirian tegas, kita melihat dalam
isu ini Haziq perlu dipecat.
Loading...
"Jelas ia satu tuduhan fitnah yang kita tidak boleh
bersetuju seperti mana kita tidak boleh bersetuju 20 tahun lalu," katanya
ketika ditemui selepas mesyuarat khas di Rumah Pemuda di Shah Alam, malam ini.
Petang tadi, dilaporkan PKR telah pun mengeluarkan surat
tunjuk sebab terhadap Haziq kerana mengeluarkan kenyataan umum yang menjejaskan
imej parti.
Haziq diberikan tempoh 14 hari untuk menjawab surat tunjuk
sebab itu.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR Ahmad Kassim berkata
pihaknya turut mengambil maklum penafian Azmin dan akan meneliti penjelasan
sekiranya ada, lapor Malaysiakini.
Pada 12 Jun lalu Haziq tampil mengaku sebagai salah seorang
individu dalam klip video seks yang tular.
Haziq turut mendakwa individu bersamanya dalam aksi intim
itu adalah Timbalan Presiden PKR.
Azmin menafikan dakwaan itu dan menyifatkan sebagai komplot
jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Keputusan untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Haziq
dicapai selepas biro politik PKR bermesyuarat petang tadi.
Sementara itu Mohd Nazree menegaskan Pemuda PKR berdiri
teguh bersama Azmin dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam parti itu.
Ditanya mengenai ketegasan AMK mempertahankan Azmin membawa
maksud akan berlaku pertembungan antara timbalan dan Presiden PKR Anwar
Ibrahim.
"Saya rasa itu serah pada masa akan menentukan. Soal ia
berlaku atau tak serah pada situasi.
"Saya ingin menegaskan di peringkat pasukan kita
berdiri teguh mempertahankan timbalan presiden dalam tuduhan fitnah dan selepas
berbincang panjang, kita sedia untuk berdepan apa juga situasi yang bakal
berlaku dalam politik keadilan dan juga di peringkat negara," katanya.
Jelasnya, PKR tidak lagi boleh berpolitik mempertahankan
individu dan keluarga sebaliknya perlu melihat kepada situasi semasa politik
negara.
Teguh bersama Azmin, Naib Ketua Pemuda PKR desak pecat Haziq
Reviewed by Faceless
on
17:03
Rating:
No comments: