Azam Baki kembali tugas, pegawai kanan SPRM kekal, kata Latheefa


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya menafikan dakwaan akan berlaku perubahan dalam SPRM berikutan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki bercuti sakit baru-baru ini.

Latheefa berkata laporan sebuah portal berita semalami yang mendakwa perubahan dijangka disaksikan dalam kepimpinan tertinggi SPRM adalah tidak berasas serta tidak patut sama sekali.
Loading...


“Datuk Seri Azam Baki telah pun keluar dari hospital dan malah telah datang ke pejabat hari ini [semalam].

“Beliau dijangka menyambung tugas rasmi pada minggu depan pada 22 Ogos 2019,” katanya dalam kenyataan.


Sebuah portal berita kelmarin melaporkan bahawa Azam telah bercuti sakit kerana menghadapi masalah kegagalan buah pinggang dan ekoran itu, SPRM berkemungkinan besar akan melantik seorang pemangku jawatan beliau bagi menyelia tugasan berkaitan operasi SPRM. — Bernama
Azam Baki kembali tugas, pegawai kanan SPRM kekal, kata Latheefa Azam Baki kembali tugas, pegawai kanan SPRM kekal, kata Latheefa Reviewed by Faceless on 21:18 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.