Demi memastikan orang Melayu menjadi kuat dan tidak berpecah
belah, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir
Mohamad mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti.
Dr Mahathir berkata setakat ini sudah ada enam parti Melayu
termasuk UMNO sekiranya lebih banyak lagi ditubuhkan orang Melayu akan terus
berpecah belah.
"Kalau kita (orang Melayu) berpecah kita akan jadi
lemah kerana kalau bercerai roboh, bersatu teguh.
Loading...
"Sekarang ada pihak yang nak tubuh parti baru lagi, dah
jadi enam parti Melayu, tidak lama lagi boleh sampai 10 atau 100 parti Melayu.
"Satu parti ada 30 orang ahli macam mana nak
menang?" katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Raya Bersatu
Johor di Johor Jaya, pada Jumaat.
Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri mengajak semua ahli
dan pemimpin parti Melayu menyertai Bersatu, parti yang ditubuhkannya selepas
keluar UMNO.
"Ya masuk Bersatu, sekarang saya ajak semua masuk
Bersatu, dulu saya suruh masuk UMNO tapi sekarang masuk Bersatu.
"Semua masuk Bersatu, kita ramai kita jadi kuat tapi
jangan sekat orang lain nak masuk," katanya lagi.
Sebelum itu dalam ucapannya, Dr Mahathir meminta semua ahli
Bersatu supaya berpegang dan setia pada perjuangan parti dan bukan menyertainya
kerana pengaruh seorang pemimpin. - Astro Awani
Dr M ajak semua parti Melayu bergabung bawah satu parti
Reviewed by Faceless
on
19:43
Rating:
Myherb2u
ReplyDelete