Setiausaha politik Lim Kit Siang menerima ugutan bunuh
susulan gesaannya agar status penduduk tetap (PR) Dr Zakir Naik dibatalkan.
Syahredzan Johan yang juga seorang peguam berkata ugutan
tersebut diterima dari seorang pengunjung Facebook semalam sebelum dikongsi di
Twitter.
Loading...
Ugutan itu berbunyi: “Kau usir Zakir Naik, aku akan cari kau
sampai dapat dan aku akan pisahkan kepala babi kau tu dari badan kau. Ini
sumpah aku demi agama Islam dan bangsa Melayu. Kalau berani cubalah.”
Syahredzan akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang
Wangi hari ini ekoran ancaman yang diterimanya.
Terkejut dengan ugutan itu, Syahredzan berkata beliau
mencadangkan agar status PR pendakwah itu dibatalkan bukan menggesa
diekstradisi dalam kenyataannya semalam.
Ia susulan kenyataan Zakir yang dilapor mencetuskan
kemarahan kerana menyifatkan rakyat kaum Cina sebagai “tetamu lama” di Malaysia
selain mempertikai kesetiaan masyarakat India di sini kepada perdana menteri.
Dr Zakir mendapat status penduduk tetap ketika bawah
pentadbiran kerajaan Barisan Nasional pada 2012. - Projek MM
Gesa status PR Zakir Naik dibatalkan, pegawai Kit Siang diugut bunuh
Reviewed by Faceless
on
22:34
Rating:
No comments: