Hasil bedah siasat Nora Anne akan diserah kepada Tim Pendakwa Raya - Polis


Polis tidak pernah sama sekali menghentikan siasatan berhubung kematian remaja istimewa warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15, dan laporan hasil bedah siasat ke atas mayatnya akan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya, kata Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman.

Loading...

"Siasatan masih dijalankan dan itu adalah prosedur siasatan. Sebaik sahaja terima hasil ‘post-mortem’ (bedah siasat), kita akan rujuk kes kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapat arahan lanjut, di mana tidak pernah kita menutup siasatan ini," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan terkini siasatan remaja malang berkenaan selepas majlis penutup Pertandingan Kawad Kaki KOR Kadet Polis di Seremban.
Laporan bedah siasat pada Khamis lepas (15 Ogos) mendapati kematian Nora Anne, yang mengalami masalah pembelajaran, tidak mempunyai unsur jenayah dan remaja perempuan itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan.


Keluarga Nora Anne menuntut mayat remaja itu dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban pada Jumaat selepas proses dokumentasi selesai.
- Bernama
Hasil bedah siasat Nora Anne akan diserah kepada Tim Pendakwa Raya - Polis Hasil bedah siasat Nora Anne akan diserah kepada Tim Pendakwa Raya - Polis Reviewed by Faceless on 04:01 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.