Jemaah Menteri semalam memutuskan pengenalan tulisan Jawi
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid Tahun 4 Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) diteruskan mulai tahun depan.
Pelaksanaannya bagaimanapun hanya dilakukan jika
dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid
SJK manakala di Sekolah Kebangsaan akan diteruskan seperti biasa, menurut
kenyataan Kementerian Pendidikan semalam.
Loading...
Kenyataan itu menyebut Jemaah Menteri turut mengekalkan
keputusan untuk pengenalan tulisan Jawi dimuatkan sebanyak tiga muka surat di
dalam buku teks serta tidak dinilai dalam apa-apa ujian atau peperiksaan.
“Mesyuarat Jemaah Menteri turut menetapkan supaya tulisan Jawi
ini dikekalkan dengan nama pengenalan tulisan Jawi dan bukannya khat, dan hanya
diperkenalkan secara pilihan pada peringkat asas sahaja kepada murid Tahun 4
mulai tahun 2020, murid Tahun 5 pada tahun 2021 dan murid Tahun 6 pada tahun
2022 di Sekolah Jenis Kebangsaan,” menurut kenyataan itu.
Kementerian Pendidikan berharap dengan keputusan itu, isu
pengenalan tulisan Jawi di SJK tidak lagi dibangkitkan secara tidak tepat
sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai.
Kementerian Pendidikan juga akan terus mengadakan sesi libat
urus dengan semua pihak dari semasa ke semasa demi kebaikan dan manfaat sistem
pendidikan negara. ― Bernama
Jawi di SJK kekal tetapi perlu dipersetujui PIBG
Reviewed by Faceless
on
20:25
Rating:
No comments: