KUALA LUMPUR — Kementerian Kewangan (MOF) akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan masalah kewangan dihadapi BERNAMA hingga gagal menyempurnakan bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) pekerjanya.
Menyifatkan ia satu dakwaan serius, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BERNAMA, Nurini Kassim bahawa kerajaan menghadapi kekangan kewangan sehingga tidak dapat membuat bayaran KWSP adalah tidak berasas.
Katanya, kementeriannya sentiasa mengutamakan pembayaran gaji termasuk sumbangan KWSP, dengan emolumen dan gaji sentiasa diberikan peruntukan mencukupi supaya bayarannya boleh dibayar terdahulu berbanding dengan bayaran lain.
Loading...
“Sekiranya gaji bulan Julai tidak mampu dibayar kerana tidak menerima geran daripada MOF, mengapa pula Kementerian Kewangan hanya menerima surat permohonan bertarikh 19 Julai lalu yang diterima pada 22 Julai?.
“Ini menimbulkan persoalan samada wang yang harus diperuntukkan untuk bayaran emolumen, gaji dan sumbangan KWSP sudah ‘dialihkan’ oleh BERNAMA untuk tujuan pembayaran lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kerajaan persekutuan bukanlah kerajaan yang bankrap seperti kerajaan negeri tertentu yang tidak mampu bayar gaji anggota pentadbiran mereka.
“Laporan sedemikian yang membelakangkan fakta sememangnya memburukkan imej Kementerian Kewangan yang sering dipersalahkan apabila kementerian atau agensi melebihi perbelanjaan bajet dan cuba mencari alasan selain daripada kegagalan mereka sendiri menguruskan kewangan dengan baik,” katanya.
Menurut laporan akhbar, Pengurus Kanan Akaun dan Kewangan BERNAMA, Syarifah Zaini Syed Zain dipetik sebagai berkata, bahawa agensi itu belum menerima geran daripada kerajaan, jadi wang potongan KWSP digunakan untuk membayar pada Julai lalu.
Katanya, kelewatan bayaran itu berlaku disebabkan kelulusan geran masih belum diberi MOF, selain kakitangan yang mempunyai pinjaman kereta yang dibayar melalui potongan gaji juga terjejas kerana bayaran balik pinjaman hanya dibuat sehingga bulan Jun.
BERNAMA menurut Syarifah juga sudah meminta MOF menjelaskan mengenai kelewatan dalam membayar geran suku ketiga yang lazimnya dibuat tepat pada waktunya sebelum pembayaran gaji.
Bagi pembayaran gaji bulan Ogos, dakwanya, tiada jaminan bahawa ia akan dibayar sekitar 22 atau 23 Ogos.
-Berita Harian
MOF lewat bayar BERNAMA tuduhan serius – Guan Eng
Reviewed by Faceless
on
04:25
Rating:
No comments: