Najib sahkan tandatangannya pada dokumen bank - saksi

Najib Razak - Foto The Straits Times

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bekas perdana menteri Najib Razak mengakui bahawa semua tandatangan yang terdapat pada dokumen berkaitan tiga akaun semasa peribadi AmIslamic Bank Berhad miliknya, adalah tandatangannya.
Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rosli Husain berkata semua dokumen itu adalah borang pembukaan akaun bank, surat arahan pindahan wang dan borang berkaitan kad kredit.
Semasa ditanya Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim sama ada beliau ada bertanyakan kepada Najib mengenai semua tandatangan dalam dokumen-dokumen itu adalah tandatangannya, saksi pendakwaan ke-57 berkata; “ada”.

Loading...
Suhaimi: Adakah kamu menjalankan siasatan berkenaan perkara itu?
Rosli: Ada
Suhaimi: Apa siasatan yang dijalankan?

Rosli: Semasa penyataan daripada Datuk Seri Najib diambil. Penyataan diambil tiga kali oleh SPRM. Penyataan pertama pada 5 Dis 2015, penyataan kedua 22 Mei 2018 dan penyataan ketiga telah diambil pada 24 Mei 2018.
Beliau berkata semua dokumen itu telah dirujuk kepada Najib dan beliau sahkan tandatangan tersebut adalah tandatangan beliau dan tiada penafian dibuat oleh beliau.
Pada peringkat ini, peguam  Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, berkata keterangan Rosli itu adalah 'dengar cakap' semata-mata dan tidak boleh diterima mahkamah melainkan ia disokong oleh dokumen yang disahkan.
Timbalan Pendakwa Raya VSithambaram memberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa pihaknya akan membangkitkan isu tersebut semasa hujahan.

Terdahulu, saksi itu yang merupakan pegawai penyiasat kes tersebut turut mengesahkan sepucuk salinan surat kebenaran daripada bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil kepada AmIslamic Bank Berhad cawangan Jalan Raja Chulan bagi membenarkan seorang individu, Kee Kok Thiam untuk mendeposit wang dalam bentuk tunai ke dalam akaun peribadi milik Najib.
Surat itu dikeluarkan Nik Faisal pada 2014 dan Kee merupakan kenalan ahli perniagaan, Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low.
"Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan dokumen asal bagi surat kebenaran itu gagal kerana surat itu berada dalam simpanan Bank Negara Malaysia dan pihak Ambank hanya menyimpan salinan," katanya.
Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan bersambung esok.
- Bernama
Najib sahkan tandatangannya pada dokumen bank - saksi Najib sahkan tandatangannya pada dokumen bank - saksi Reviewed by Faceless on 22:28 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.