Nenek maut, cucu parah ditetak parang


Seorang wanita warga emas maut manakala cucu lelakinya cedera parah selepas ditetak lima suspek bertopeng bersenjatakan parang di rumahnya di Kampung Tebuk Pulai, Sabak Bernam dekat Shah Alam awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, DSP Lim Chee Khoon berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 4 pagi, mangsa P.Runkanaikey, 78, maut akibat cedera parah di seluruh badan manakala cucunya, N.Silamparasan, 22, cedera parah di beberapa bahagian badan.

Loading...
Lim berkata dalam kejadian itu, cucu mangsa yang merupakan penjual buah kelapa, menyedari kehadiran suspek, bagaimanapun belum sempat dia mengejutkan neneknya yang sedang tidur, kesemua suspek telah memecah masuk rumah berkenaan dan menetak mangsa sehingga mati.
"Ketika itu cucunya bersembunyi di bawah katil dan ketika cuba melarikan diri, dia turut ditetak sehingga cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sabak Bernam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata selepas kejadian itu, kesemua suspek melarikan diri menggunakan sebuah kereta Toyota Vios berwarna kelabu, bagaimanapun nombor pendaftaran kereta berkenaan tidak dapat dikenal pasti.

Katanya hasil pemeriksaan pegawainya di tempat kejadian mendapati tiada wang tunai atau barang kemas dilarikan suspek, malah sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger juga tidak dilarikan.
"Polis sedang menyiasat motif kejadian dan usaha memburu kesemua suspek sedang dijalankan," katanya.
-Bernama
Nenek maut, cucu parah ditetak parang Nenek maut, cucu parah ditetak parang Reviewed by Faceless on 05:53 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.