Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang mendakwa
remaja Ireland, Nora Anne Quoirin,15, dirogol orang Asli.
Lelaki itu yang menggunakan nama Zikri Armstrong membuat
dakwaan tersebut melalui ciapan akaun Twitternya, ditahan ketika hadir memberi
keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, jam 7 malam tadi.
Loading...
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata
kes itu diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut.
"Lelaki itu sudah ditangkap malam tadi di Seremban,”
katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohamad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.
Mayat remaja berumur 15 tahun itu dijumpai pada Selasa
selepas dilaporkan hilang dari vila percutian di resort eko-pelancongan dekat
Seremban pada 4 Ogos.
- Bernama
Polis tahan lelaki dakwa Orang Asli rogol Nora Anne
Reviewed by Faceless
on
03:50
Rating:
No comments: