Tidak seperti jangka sebelum ini, syarikat Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan Melayu) tidak akan menutup operasinya atau menamatkan penerbitan akhhar harian mereka.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu, Abd Aziz Sheikh Fadzir, berkata syarikat itu akan meneruskan perniagaannya namun menaikkan harga jualan bagi akhabar harian mereka, Utusan Malaysia dan Kosmo!.
Loading...
Kata Aziz, kedua-dua akhbar tersebut - yang kini bersaiz tabloid - akan dinaikkan 50 sen mulai Jumaat ini, lapor Malaysiakini.
Susulan pengenalan harga baru itu, akhbar Utusan Malaysia akan dijual pada harga RM2, manakala Kosmo! menjadi RM1.50.
Bekas anggota parlimen Kulim Bandar Baru itu juga berkata, untuk menyelamatkan syarikat tersebut, Utusan Melayu perlu kembali kepada model perniagaan media.
Abd Aziz juga merayu kepada pelbagai pihak agar membantu syarikat berkenaan - yang sebelum ini kalah dalam beberapa saman fitnah oleh pemimpin PH.
"Saya minta rakyat yang bersimpati kepada Utusan (Melayu), bantulah kami, beli surat khabar, (beli) iklan dengan kami," katanya pada sidang media di pejabat syarikat itu di Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum itu pengurusan tertinggi Utusan Melayu mengadakan mesyuarat dengan Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Kata Abd Aziz, Utusan Melayu memerlukan masa lebih lama untuk mengimbangi kos operasinya.
Utusan teruskan operasi, naik harga akhbar 50sen
Reviewed by Faceless
on
04:37
Rating:
No comments: