Foto Sinar Harian
Presiden MCA Wee Ka Siong membidas Lim Guan Eng yang
mencadangkan MCA gagal bersuara terhadap dakwaan kempen boikot produk bukan
Islam.
"Lim Guan Eng apa hal ini, melenting lagi macam kera
kena belacan?" Soalnya.
Wee berkata orang Islam berhak memilih produk halal dan
mempertikaikan penguasaan Bahasa Malaysia menteri kewangan itu sekiranya Lim
mentakrifkan perlakuan ini sebagai boikot barangan keluaran bukan Islam.
Loading...
"Eh kamu macam tak faham bahasa, kena balik sekolah
ambil SPM balik. Bahasa Malaysia kamu faham tak?
Iklan
"(Antara) boikot dengan seseorang Islam kalau dia rasa
was-was hendak beli barangan halal, itu dia punya pilihan.
"Kalau kamu anggap itu sebagai boikot barangan, saya
sedih lah," kata MP Ayer Hitam itu pada hantaran di media sosial malam
ini seperti dilapor Malaysiakini.
Terdahulu hari ini, setiausaha agung DAP dilaporkan berkata
walaupun Umno dan PAS menafikan menganjurkan dakwaan boikot itu tetapi kedua
parti tersebut menyokong kempen berkenaan.
“Walaupun kempen boikot seperti ini, ia disesali ada parti
politik bukan Islam atau bukan Bumiputera seperti MCA atau MIC, yang tanpa
segan silu menjatuhkan maruah mereka dengan meneruskan kerjasama politik mereka
dengan PAS dan Umno.
“Setakat ini, mereka tidak berani bantah secara langsung
kepada ‘master’ politik mereka dalam PAS dan Umno," kata Lim.
Bagaimanapun, Wee berkata beliau telah mengeluarkan
kenyataan membantah tindakan boikot sedemikian pada 2 September lalu.
"Pada 2 September lalu saya dah buat kenyataan begitu
jelas sekali, tak faham ke atau tak baca?"
"Kalau kamu tak baca, bukan salah saya. Tolong baca
jangan malas. Saya tanya sendiri dengan (Presiden Umno) Datuk Seri Zahid
(Hamidi), dia kata mana ada Umno buat,” katanya lagi.
Menurut Wee, PH sebagai kerajaan berkuasa untuk bertindak
sekiranya mendapati kempen boikot sebegitu menyalahi undang-undang.
“Kamu sekarang ini kerajaan dan ada kuasa ambil tindakan
jika kempen itu sabotaj ekonomi.
“Jangan buat cerita semberono. Jangan reka-reka cerita,
tolong. Sekarang nak laga-laga kita kenapa. Kamu tak senang ke hidup secara
harmoni?” Soalnya lagi.
Wee turut mengulang dakwaan yang mempertikaikan Lim sebagai
seorang akauntan bertauliah.
"Sudah tujuh bulan tidak tunjuk apa-apa. Kenapa? Takut
lagikah? Pengecut," katanya lagi.
Apa hal Guan Eng macam kera kena belacan - Presiden MCA
Reviewed by Faceless
on
17:23
Rating:
No comments: