Pakatan Harapan (PH) Selangor menyuarakan rasa bimbang
berikutan akan wujud gerakan politik perkauman ‘melampau’ di negara ini dengan
penyatuan kerjasama politik antara Umno dan PAS.
Pengerusi PH Selangor Amirudin Shari berkata perkara itu
boleh berlaku menerusi piagam yang dimaterai antara dua parti politik
berkenaan, hari ini.
Loading...
“Mereka akan mencipta politik perkauman dan (berlaku)
gerakan politik perkauman melampau.
“ Saya bimbang itu berlaku walaupun mereka ada asas perlembagaan tetapi saya harap
mereka tidak melampau dalam mengetengahkan perjuangan politik mereka, “
katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian
kepada pemberita selepas menyerahkan kunci Rumah Selangorku, Hibiscus 3, kepada
270 pemilik rumah dalam satu majlis di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Amirudin berkata penyatuan dua parti
politik terbesar orang Melayu pada Himpunan Penyatuan Ummah yang berlangsung di
Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur hari ini, turut
disifatkan tidak asli untuk orang Melayu.
“Mereka sebagai sebuah parti layak bergabung dan
masing-masing ada misi politik masing-masing.
“ Tetapi penyatuan itu dan konteks mereka itu bukan asli sebab
bagi saya orang Melayu pun ada dalam parti lain-lain di negara ini,” katanya.
Umno dan PAS dilaporkan memeterai perjanjian kerjasama itu
yang dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional dengan ditandatangani oleh
kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid (Umno) dan Datuk Seri
Abdul Hadi Awang (PAS). — Bernama
MB Selangor bimbang kerjasama PAS-Umno wujud politik melampau
Reviewed by Faceless
on
02:57
Rating:
No comments: