Pernah di pihak yang bertentangan, Presiden PKR, Anwar
Ibrahim hari ini menghadiri majlis sambutan Hari Malaysia yang dianjurkan oleh
bekas Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia, dan bekas menteri BN Salleh
Said Keruak.
Kedua-dua bekas panglima perang Umno itu menganjurkan
sambutan berkenaan di Kota Belud di bawah NGO mereka Pertubuhan Bajau Bersatu
Sabah (Usbo).
Semasa sidang akhbar selepas majlis itu, Pandikar memohon
maaf kepada Anwar berhubung beberapa kenyataan yang dibuatnya semasa pilihan
raya kecil Sandakan pada Mei lalu, kerana tidak menunaikan janjinya untuk
mengurangkan harga minyak
Loading...
“Sebenarnya, saya perlu minta maaf, semasa di PRK Sandakan,
saya memomok dia, dia kata 'hari ini kita perintah, harga minyak akan turun'.
“Tetapi ketika berjumpa dengan Anwar, dan lihat laporan itu
dan saya sedar, saya begitu bodoh ... Apa yang dia katakan sebenarnya adalah
'hari ini saya ambil sumpah sebagai perdana menteri', bukan sebagai orang yang
keluar dari penjara, bukan sebagai wakil rakyat," katanya.
Pandikar dipercayai merujuk kepada ucapan Anwar pada kempen
pilihan raya umum 2008, 11 tahun lalu.
Sementara itu, bekas speaker itu juga memuji Anwar sebagai
penyelamat kesetaraan antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat.
"Kami (mahu) merasakan bahawa kami setaraf dengan
Semenanjung, jadi itu tanggungjawab kamu (Anwar), sebab itulah saya kata kamu
adalah samurai terakhir untuk mempertahankannya," katanya.
Sementara itu, bekas bendahari Umno Salleh, menyokong Anwar
sebagai bakal perdana menteri.
“Pada saya, kami persatuan Usbo ini menyokong sepenuhnya
Datuk Seri Anwar Ibrahim seabagai perdana menteri selepas Tun Dr Mahathir
Mohamad.
“Pada kita Anwar di landasan betul untuk menyelamatkan
Malaysia kerana bagi kita paling bahaya adalah Malaysia (dilanda) politik
pelampau kerana kita ada berbilang agama, budaya yang penting penyatuan
Malaysia bukan sahaja penyatuan satu-satu bangsa sahaja,” katanya.
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa Pandikar dan Salleh
akan menyertai PKR.
Bagaimanapun, Pandikar berkata tiada apa-apa politik
mengenai kehadiran Anwar pada majlis hari ini.
"Tidak ada yang politik, bukannya kita mahu menyertai
PKR ... ini adalah sokongan tulen, kita menyokongnya kerana reformasi
itu," katanya.
Begitu juga, Anwar berkata acara hari ini adalah acara
kebudayaan, dan perkara-perkara parti tidak dibincangkan.
“Tapi saya sambut positif la. Orang sokong saya,” kata
presiden PKR itu.
Pandikar dan Salleh menyertai pemimpin Umno Sabah lain yang
bertindak meninggalkan parti itu pada bulan Disember lalu.
Bagaimanapun, sementara kebanyakan anggota Umno di Sabah
menyertai Bersatu, Salleh dan Pandikar kini tidak menganggotai mana-mana parti.
Sumber: Malaysiakini
Pandikar label Anwar ‘samurai terakhir’, Salleh Keruak sokongnya sebagai PM
Reviewed by Faceless
on
23:45
Rating:
No comments: