Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB mengesyaki bahawa
beliau dikeluarkan daripada 1MDB pada 2013 kerana beliau banyak menzahirkan
perasaan kurang senangnya terhadap transaksi-transaksi kewangan yang semuanya
dilakukan dengan cepat.
Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, mendedahkan perkara itu
ketika membacakan penyataan saksinya di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada
hari ke-16 perbicaraan kes Najib Razak melibatkan dana 1MDB semasa pemeriksaan
utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Gopal Sri Ram.
Loading...
Beliau yang dilantik sebagai CEO Lembaga Pelaburan
Terengganu Berhad (TIA) pada 23 Mac 2009, dan selepas itu CEO 1MDB telah
diarahkan ke Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) pada 15 Mac
2013, di mana unit itu terletak dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
TIA ditukar nama kepada 1MDB pada 25 September 2009.
"Saya mengesyaki yang saya dikeluarkan dari 1MDB kerana
pada masa itu saya banyak menzahirkan perasaan kurang senang saya terhadap
transaksi-transaksi kewangan yang semuanya dilakukan dengan cepat.
"Walaubagaimanapun saya masih dalam lembaga pengarah
1MDB pada masa itu, dengan alasan diberikan oleh Jho Low (ahli perniagaan dalam
buruan Low Taek Jho) untuk manage optics," kata saksi itu.
Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata,selepas kecoh isu
1MDB pada 2015 dan 2016, Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB dengan sebulat suara
membuat cadangan kepada Najib untuk resign tetapi mereka diarahkan untuk stay
sebagai BOD, sehingga (BOD) baru dilantik pada 2016.
loading...
Ketika ditanya Sri Ram, adakah BOD baru digantikan pada
2016, saksi berkata "Ya".
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan
kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan
21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan
rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di
Kuala Lumpur antara 24 Feb, 2011 dan 19 Dis, 2014 manakala bagi semua
pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac, 2013 dan 30 Ogos, 2013, di tempat
sama.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence
Sequerah.
- Bernama
'Saya diarah keluar 1MDB kerana zahirkan rasa kurang senang'
Reviewed by Faceless
on
23:48
Rating:

No comments: